Cari Blog Ini

Ahad, 4 Ogos 2013

Salam Aidilfitri dari Pengarah Negeri Pahang.


Assalamualaikum /salam Ramadhan al mubarak dan Selamat menyambut Aidil Fitri.

Selamat menyambut menyambut Aidil Fitri kepada semua Hasilian Negeri Pahang (HNP), yang saya sayangi, mohon maaf zahir dan batin kepada semua. Mudah-mudahan Kebermaknaan ramadhan dan amalan di madrasahnya selama sebulan merupakan satu proses yang berjaya mentranformasi kemanusiaan (human reform) atau ‘islah al-basyar’ yang menjuruskan kepada konsep ‘ idul Fitri’ itu sendiri, yang mampu membawa kita kepada kesempurnaannya.
Transformasi kemanusiaan ini dicapai melalui amalan bermujahadah melawan hawa nafsu sehingga sifat-sifat terlarang mampu buang dan diganti dengan sifat ketakwaan di dalam jiwa. Justeru, Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraan dan sambutan itu mesti dilakukan dalam kerangka tuntutan syariat itu sendiri. Aidilfitri bukanlah hari untuk kita melampiaskan kembali hawa nafsu sekehendak hati. Kegembiraan ini mestilah dizahirkan dengan membesarkan Allah dengan takbir (Allahu akhbar), tahmid (Alhamdulillah) dan taqdis (Subhanallah). Bertakbir pada 1 Syawal adalah amalan yang disyariatkan dan ia bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah iman selesai berkhutbah solat Aidilfitri.

 Takbir dan tahmid itu menjadi lambang perubahan diri untuk terus istiqamah melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Umat Islam dianjurkan menghidupkan malam raya dengan amal ibadat supaya hatinya menjadi hidup seperti maksud hadis yang diriwayatkan Imam Tabrani r.a. bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dengan amal ibadat semata-mata mengharap keredaan Allah SWT maka hatinya tidak akan mati”.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada kita semua untuk memampukan kita, aidil Fitri yang kita akan diraikan memenuhi tuntutan syariat. Insya Allah.

 Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.




PN Pahang.
5 Ogos 2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan