Cari Blog Ini

Selasa, 10 September 2013

Rat Race Hasil 4.0 ... Tahniah Team Pahang


RAT RACE HASIL 4.0 2013
TAHNIAH!!!
LHDNM telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBR) – “Largest Participation In A Rat Race” . Pengarah Negeri dan PPN Pahang pula merakamkan ucapan setinggi-tinggi  TAHNIAH kepada pasukan Rat Race dari Negeri Pahang yang telah berjaya memperolehi tempat ke 3 dalam kategori VIP.

Sesungguhnya kejayaan ini telah memberikan gambaran jelas bahawa pegawai dan staff LHDNM Pahang mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu berjaya walaupun bukan Juara. Tidak mustahil di masa akan datang pasukan Pahang akan muncul sebagai Juara pula. PPN Pahang berharap kejayaan seumpama ini akan terus diperolehi pada masa hadapan dengan bilangan yang lebih ramai.

                                                           
Dikesempatan ini juga, Pengarah Negeri LHDNM Pahang , merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan Rat Race 2013  ini. Untuk team VIP PPN Pahang dengan nama MAT KILAU diucapkan syabas dan Tahniah kerana telah berjaya mendapat tempat ke 3 dan membawa pulang hadiah wang tunai.
 
Sekian, terima kasih.

 
RUSLAN BIN OTHMAN
Pengarah
Bahagian Penyelarasan, PPN Pahang
ruslanothman@hasil.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan