KISAH 1
Suatu
hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk
berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu
Hassan al-Basri berbisik, alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya
kalau dia seperti aku.
Tiba-tiba
Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.
Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang
perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya
diselamatkannya.
Kemudian
dia berpaling kepada Hassan al-Basri dan berkata: “Jika tuan memang lebih mulia
daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum
sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang sahaja sedangkan
saya telah menyelamatkan enam orang.”
Bagaimanapun
Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi itu. Maka lelaki itu
berkata padanya:”Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah
ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya
untuk menguji tuan.”
Hassan
al-Basri terpegun lalu berkata:”Kalau begitu, sebagaimana engkau telah
menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka
selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan. Orang
itu menjawab:” Mudah-mudahan Allah memperkenankan permohonan tuan.”
Sejak
itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya
sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
(Dipetik
dari : http://www.cicinta.com/2012/05/kisah-islamik)
Menurut
cerita, dahulu kala ada sepasang suami isteri yang saling mencintai. Suatu hari
sang suami berdagang di luar kota sedang isterinya menanti di rumah. Beberapa
bulan kemudian sang suami yang sangat merindukan isterinya pulang ke rumah.
Ketika bulan bersinar di atas pohon Liu, dia yang telah menempuh perjalanan jauh, akhirnya sampai juga di depan desa, sinar lampu dalam rumah yang membuat orang merasakan kehangatan itu telah membuat dia semakin mempercepatkan langkahnya untuk bergegas pulang ke rumah.
Ketika sampai di depan rumah dia telah melihat sebuah adegan yang membuat hatinya sangat sakit. Dari jendela terlihat isterinya yang selama ini sangat dia rindukan sedang makan dengan seorang lelaki asing, saat itu isterinya sedang tersenyum sambil mengambilkan sayuran dan menyuapkan ke mulut lelaki asing itu, nampaknya mereka sangat mesra.
Dia segera berfikir bahawa isterinya pasti mengkhianatinya, dia sudah tidak ingin melangkah maju lagi, hatinya yang marah membara membuat dia memalingkan kepala dan melangkah pergi, sejak itu dia tidak pernah kembali lagi.
Ketika rambutnya sudah memutih, teringat bahwa hari esok sudah tidak lama lagi, selagi dia masih hidup ingin menguraikan kekusutan hatinya yang selama ini. Maka dari itu kembalilah dia ke rumahnya yang dulu untuk menemui isterinya yang rambutnya juga telah memutih. Tetapi isterinya ternyata hidup menyendiri.
Dengan penuh pertanyaan dia bertanya, ‘Mengapa?’Sang isteri menyatakan ‘selama bertahun-tahun ini dia menantikan kepulangannya, dan bertanya mengapa dia pergi meninggalkannya hingga sekarang baru kembali? ‘
Dia mengutarakan kecurigaannya dulu. Dengan jujur dan tulus isterinya memberitahukan bahawa lelaki itu adalah saudara kandungnya yang telah lama berpisah dan hanya datang sebentar untuk menjenguknya.
(Dipetik
dan ubah suai dari : http://kebajikandalamkehidupan.blogspot.com/2011/07/yang-terlihat-mata-belum-tentu-benar.html)Ketika bulan bersinar di atas pohon Liu, dia yang telah menempuh perjalanan jauh, akhirnya sampai juga di depan desa, sinar lampu dalam rumah yang membuat orang merasakan kehangatan itu telah membuat dia semakin mempercepatkan langkahnya untuk bergegas pulang ke rumah.
Ketika sampai di depan rumah dia telah melihat sebuah adegan yang membuat hatinya sangat sakit. Dari jendela terlihat isterinya yang selama ini sangat dia rindukan sedang makan dengan seorang lelaki asing, saat itu isterinya sedang tersenyum sambil mengambilkan sayuran dan menyuapkan ke mulut lelaki asing itu, nampaknya mereka sangat mesra.
Dia segera berfikir bahawa isterinya pasti mengkhianatinya, dia sudah tidak ingin melangkah maju lagi, hatinya yang marah membara membuat dia memalingkan kepala dan melangkah pergi, sejak itu dia tidak pernah kembali lagi.
Ketika rambutnya sudah memutih, teringat bahwa hari esok sudah tidak lama lagi, selagi dia masih hidup ingin menguraikan kekusutan hatinya yang selama ini. Maka dari itu kembalilah dia ke rumahnya yang dulu untuk menemui isterinya yang rambutnya juga telah memutih. Tetapi isterinya ternyata hidup menyendiri.
Dengan penuh pertanyaan dia bertanya, ‘Mengapa?’Sang isteri menyatakan ‘selama bertahun-tahun ini dia menantikan kepulangannya, dan bertanya mengapa dia pergi meninggalkannya hingga sekarang baru kembali? ‘
Dia mengutarakan kecurigaannya dulu. Dengan jujur dan tulus isterinya memberitahukan bahawa lelaki itu adalah saudara kandungnya yang telah lama berpisah dan hanya datang sebentar untuk menjenguknya.
2. selidik dahulu sebelum bertindak
Sering
kali kita terpesona dengan sesuatu yang
kita fikirkan. Tidak semesti sesuatu keadaan itu sebagaimana yang kita fikir
atau sangkakan. Boleh jadi juga sangkaan kita silap disebabkan kurangnya
pengetahuan kita tentang sesuatu peristiwa. Jadi berhati-hatilah dengan diri
sendiri kerana apa yang dilihat belum tentu
benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan