Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
memulakan langkah cemerlang pada tahun 2014 apabila pada 11 Januari 2014
organisasi ini berjaya melakar satu lagi sejarah manis sebagai Pemegang Rekod
Baharu dalam senarai The Malaysia Book of Records di bawah Kategori LARGEST
CORAL PLANTING EVENT.
Dengan kekuatan seramai 107 orang
Penyelam Profesional LHDNM (Hasil Divers), 12 orang Penyelam Profesional dari
Sabah Parks dan 10 orang Dive Masters, sebanyak 3,040 cantasan karang berjaya
ditanam di Peranti Biodiversiti yang disediakan.
Aktiviti pemuliharaan alam semulajadi
ini merupakan usaha berterusan LHDNM dalam membantu melestarikan keindahan
flora dan fauna di Malaysia seterusnya memastikan ekosistem hidupan laut
terpelihara. Ia juga selaras dengan Tagline LHDNM iaitu HASiL Teman Keceriaan
Anda @ HASiL Your Feel Good Partner!
TAHNIAH serta TERIMA KASIH kepada
seluruh Hasil Divers dan Hasilian yang tidak pernah jemu memberikan sokongan
terhadap semua inisiatif organisasi ini. Semoga organisasi ini akan sentiasa
cemerlang, kini dan selamanya.
Andalah Wira Negara!
[SUMBER: CCO JKK - 13-01-2014]