Bagi melihat isu
gossip ini, kita perlu meneliti pandangan individu tentang gossip:
Penulis buku 5 SIMPLE STEPS TO TAKE YOUR MARRIAGE FROM GOOD
TO GREAT iaitu Terri Orbuch. Beliau menemukan bahawa pasangan bahagia
menghabiskan masa terluang setiap hari dengan berbincang. Gossip dapat
memperkuatkan hubungan mereka dan boleh menjaga cinta mereka. Bergossip juga
akan membuat pasangan tertawa dan saling bertukar pendapat tentang orang lain.
Menurut Sylvia Lafair, Ph.D., yang merupakan seorang
psikologis dan penulis buku DON’T BRING IT TO WORK, seseorang yang berada dalam
lingkungan kerja baru dan memiliki pasukan gossip akan berada pada posisi yang
kuat. Kuncinya adalah memulakan gossip yang ringan, tanpa kesan menyerang dan
meletup dalam waktu yang singkat. Pendapat bijak kita mengenai gosip tersebut
akan menjadi nilai tambah untuk diri
sendiri. Cuma usah menyerang individu
yang digossip atau menghinanya kerana gossip boleh membunuh kerjaya seseorang.
Menurut Sylvia Lafair lagi, gossip boleh memulakan ikatan
sosial atau melihat sama ada kita boleh masuk atau tidak dalam sesebuah
kelompok. Gossip akan menjadi lebih berguna dan turut menjadi media untuk
saling bertukar maklumat tentang orang lain. Kita juga turut melatih diri untuk memilih gossip yang
baik untuk dibicarakan dan memberi komen yang dapat membantu menjaga hubungan
baik dengan orang lain.
Pandangan utama
tentang gossip:
Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa haram
mengenai hiburan, menceritakan aib, gossip dan hal-hal yang berkaitan dengan
peribadi orang lain di khalayak. Fatwa tersebut dikeluarkan oleh MUI pada 27 Julai 2010 di Jakarta.
Sabda Nabi, “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam
dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak
berlaku jenayah.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Nabi, “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan
fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari).
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang
hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan
akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."
(Riwayat Muslim)
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman
kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang
baik dan kalau tidak, hendaklah diam."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda,
"Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"
Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan
itu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu
benar, maka itulah ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar),
tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan
buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang)."
Al-Quran dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan
persoalan ini.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani“.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani“.
Jadi, boleh ke BERGOSSIP?
Jika ditegah sekalipun
ramai yang tetap melakukannya, apatah lagi jika gossip ini dibenarkan. Maka yang lebih baik adalah meninggalkan
gossip ini (sekiranya kita melihat ia mengarah kepada keburukan). Yahya bin
Mu'aadz Arrazi berpesan, jadikanlah sebahagian orang mukmin yang baik melalui
cara:
Jika engkau tidak dapat
menguntungkan kepadanya maka jangan merugikan (merosaknya)
Jika engkau tidak dapat
menyenangkannya, maka jangan menyusahkannya
Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya
Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya
Semoga semua orang disekeliling
kita dapat hidup aman dan tenang tanpa gossip yang menyebabkan hidup mereka
porak peranda dan bertambah sukar.
Seterusnya, semoga tuhan akan dipermudah dan disenangkan hidup kita kelak.
Seterusnya, semoga tuhan akan dipermudah dan disenangkan hidup kita kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan