8
Oktober 2013 - Telah berlangsungnya
perlawanan futsal muhibbah jalinan ukhwah antara team Hasilian Temerloh bertemu
Hasilian Raub. Sekitar jam 8:45 mlm rombongan Hasilian Temerloh telah sampai ke
venue perlawanan iaitu di AD SportCenter Temerloh.
Pengarah
cawangan Temerloh En Mohd Najib Hj Din sudi hadir menyaksikan perlawanan
seterusnya turut diminta menyampaikan cenderamata kepada wakil pasukan Raub.
Perlawanan
berlangsung pada mulanya amat sengit tetapi di separuh masa kedua dan ketiga
team Temerloh mula menunjukkan belang dengan menyempurnakan jaringan secara
berturut-turut. Di akhir perlawanan menyaksikan team Hasil Temerloh menang
bergaya 7 – 2 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan